Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pemulihan baru bagi pesalah dadah muda dilancar

ERVINA MOHD JAMIL
Jan 26, 2015 | 05:28 PM



PESALAH dadah muda kini boleh menjalani program pemulihan menyeluruh di sebuah kemudahan baru yang ditubuhkan khas untuk mereka.


Pusat Pemulihan Masyarakat (CRC) di Jamaica Road dekat Admiralty itu dilancarkan Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar Negara), Encik Masagos Zulkifli, dalam satu acara tadi.


Ia merupakan kemudahan pertama di Singapura bagi pesalah dadah golongan tersebut.


Kemudahan yang boleh menampung 50 penghuni itu disasarkan kepada pesalah lelaki berusia antara 16 dengan bawah 21 tahun yang melakukan kesalahan buat kali pertama dan dinilai tidak mempunyai risiko tinggi mengulangi kesalahan mereka.


Penghuni CRC dapat menjalani pelbagai program termasuk kaunseling, menimba kemahiran hidup dan menjalankan khidmat sukarela, selain dapat keluar bekerja atau ke sekolah sepanjang di CRC.


Pesalah muda yang ditahan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) akan dinilai sama ada mereka sesuai menyertai CRC sebelum masuk ke pusat itu selama enam bulan.


Selepas itu, mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga sementara terus dipantau selama enam bulan menggunakan sistem tagging elektronik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >