Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pemulihan bolehkan warga emas menua dengan baik: Presiden Halimah

May 03, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah berkunjung ke Pusat Pemulihan Siang Hari Metta bagi Warga Emas di bawah Persatuan Kebajikan Metta, salah satu penerima bantuan Cabaran Presiden 2023, pada Selasa.



Dalam satu pos yang dimuat naik Puan Halimah, beliau berkata usaha pusat tersebut merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang lebih inklusif.



"Pusat itu menyumbang kepada usaha yang membolehkan warga emas untuk menua di tempat dalam sekitaran masyarakat, dan untuk menjaga dengan lebih baik jumlah warga emas yang semakin ramai," katanya.



Cabaran Presiden akan menyokong Metta dalam membiayai kos pembersihan dan penyelenggaraan Pusat Pemulihan Siang Hari Metta bagi Warga Emas, yang ditubuhkan pada Jun 1998 agar dapat menyediakan penjagaan pemulihan kepada mereka yang kurang upaya dari segi fizikal.



Cabaran Presiden juga akan membiayai program Sokongan Pekerjaan Belia Metta yang ditubuhkan pada 2007 untuk menyediakan latihan vokasional serta menyokong pekerjaan dalam seni dan kraf, dan makanan dan minuman bagi lulusan Sekolah Metta yang mengalami kecacatan intelek ringan atau autisme.



Pada Selasa, Puan Halimah telah mengagihkan stokin perubatan yang ditaja Institusi Perubatan Sian Chay serta berinteraksi dengan warga emas yang menerima khidmat di Pusat Pemulihan Siang Hari Metta.



Beliau juga telah meninjau pusat tersebut untuk melihat kegiatan yang dilakukan warga emas di sana.



Puan Halimah berkata beliau berbesar hati melihat pertubuhan dalam sektor rakyat bekerjasama untuk menyokong warga emas.



"Menjaga warga emas kita memerlukan pendekatan seluruh masyarakat," tulisnya.



Diasaskan pada 1992, Persatuan Kebajikan Metta memainkan peranan penting dalam merealisasikan misi mereka di pusat kebajikan mereka serata pulau sambil berkhidmat kepada lebih 1,300 penerima bantuan berkeperluan khas daripada pelbagai lapisan umur yang berbilang bangsa dan agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >