Pusat penghormatan dibuka sepanjang masa sehingga Ahad

SEBANYAK 10 daripada 18 buah pusat penghormatan masyarakat yang disediakan di serata pulau untuk orang ramai memberikan penghormatan kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew beroperasi sepanjang masa mulai semalam sehingga Ahad ini.

Sehingga 9 malam semalam sekitar 220,000 orang telah membanjiri tapak-tapak masyarakat yang dibuka secara kelompok sepanjang tiga hari lalu.

Kesemua pusat itu terus menarik ramai pengunjung biar pun ribuan orang menuju ke bangunan Parlimen di mana jenazah mendiang Encik Lee diletakkan, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada matan Perdana Menteri pertama itu.

Pusat-pusat tersebut akan menyiarkan upacara pengbumian negara mendiang Encik Lee.

Pusat-pusat tersebut hanya akan ditutup selepas upcara pengebumian negara itu berakhir.

Sementara itu sehingga 10 pagi tadi, pihak penganjur upacara penghormatan negara bagi mendiang Encik Lee di bangunan Parlimen menganggarkan masa beratur selama 1.5 jam.

Orang ramai boleh mula beratur dari Padang dekat stesen MRT City Hall.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 73
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.