Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Penjaja Jurong West dibuka semula suku ketiga

Jan 26, 2023 | 09:29 PM



PUSAT Penjaja Jurong West dijadual dibuka semula pada suku ketiga tahun ini, selepas lebih dua tahun ditutup apabila pengendalinya sebelum ini, Koufu Group, memilih tidak meneruskannya kerana bilangan pengunjung rendah dan gerai kosong.


Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata semalam bahawa ia telah menambah bilangan gerai makanan masak dan tempat duduk di pusat penjaja itu, selepas menjalankan tinjauan bersama Persatuan Rakyat (PA) terhadap lebih 2,000 penduduk yang tinggal di kawasan Boon Lay, Nanyang dan Pioneer.


Terdapat 39 gerai makanan masak – meningkat daripada 34 – kerana kebanyakan responden tinjauan itu mengatakan mereka lebih suka gerai sebegitu daripada gerai pasar.


NEA juga berkata akan terdapat 580 tempat duduk, meningkat daripada 479 sebelum ini.


Sebanyak 14 gerai pasar di pusat itu tidak akan kembali berniaga di situ, kerana 95 peratus responden lebih suka mendapatkan barang runcit mereka dari pasar lain atau pasar raya berdekatan.


Pusat penjaja itu akan menjalani ubah suai. Eskalator dan tangga yang kini berada di hadapan pusat itu akan dipindahkan untuk mengosongkan ruang bagi gerai di tingkat pertama, yang akan meningkatkan keterlihatan pusat penjaja tersebut.


Menurut NEA, JW 50 Hawker Heritage dilantik sebagai pengendali pusat baru itu. 

Syarikat itu dipilih kerana ia mengemukakan usul paling baik daripada tiga pembida. Kontrak itu bernilai $4.86 juta.


“Sebagai contoh, mereka mencadangkan tingkat kedua pusat itu menawarkan hidangan antarabangsa, serta makanan perayaan, produk sedia dimasak dan sedia dimakan. 


“Pengunjung pusat itu akan dapat menikmati makanan penjaja yang biasa di tingkat pertama,” kata NEA.


Sewa bulanan purata yang dicadangkan bagi pegerai juga adalah paling rendah daripada semua cadangan, tambah agensi itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >