Pusat Perkhidmatan CPF pindah ke Maxwell Road Februari 2017

PUSAT Perkhidmatan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dipindahkan ke East Wing Pusat Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) di 45 Maxwell Road, umum CPF dalam satu kenyataan media pada Khamis (12 Mei).

Ia akan terus menyediakan perkhidmatan di kaunter bagi ahli dan majikan selepas berpindah pada Februari tahun depan.

CPF berkata Pusat URA itu dipilih kerana lokasinya di kawasan tengah Singapura dan mudah dikunjungi.

Maklumat lanjut mengenai operasi Pusat Perkhidmatan Maxwell itu akan diberi kelak.

Sementara itu, Pusat Perkhidmatan di Bangunan CPF di 79 Robinson Road akan kekal beroperasi.

Bangunan CPF itu dijual pemerintah kepada Southernwood Property, firma yang dimiliki Ascendas Land (Singapore), pada harga $550 juta November lalu.

Operasi korporat Lembaga CPF juga dipindahkan ke Towers A dan B Novena Square pada bulan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.