RAKYAT negara ini akan menikmati sebuah Pusat Sains yang baru sekitar 2020 nanti.
Menariknya, Pusat Sains itu bakal dibangunkan berdekatan stesen MRT Chinese Garden dan ia menjadikan sebuah konsep serba baru.
Mengumumkannya tadi, Encik Lee berkata, pusat sains baru itu nanti akan disepadukan dengan sekitaran kehidupan dan kehijauan Taman Tasik Jurong.
"Pusat Sains yang baru itu kelak akan meraikan budaya masyarakat kita - sifat ingin tahu tentang dunia, semangat meneroka ilmu sains, usaha berterusan untuk mencipta sesuatu yang baru dan memperbaikinya," ujar beliau.
Pusat Sains yang baru itu juga tambahnya, akan mendorong dan mendidik anak-anak kecil dalam suasana yang seronok lagi menarik.
"Ia akan menjadi sebuah "Permata" di Jurong," katanya.