Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat sediakan tuisyen bagi kanak-kanak semuda empat tahun

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



PEPERIKSAAN sekolah mereka masih lama lagi tetapi terdapat kanak-kanak semuda empat tahun yang dihantar ke kelas tuisyen di pusat yang menawarkan kelas khusus untuk program selepas sekolah.



Kelas tersebut berharga daripada $30 hingga $100 untuk setiap sesi selama 60 hingga 90 minit.



Beberapa guru memberitahu The Straits Times bahawa terdapat peningkatan bagi khidmat tuisyen di antara murid-murid tadika.



Pusat-pusat ini berkata bahawa mereka hanya memenuhi keperluan ibu bapa yang mahu membuat persediaan untuk anak mereka ke sekolah rendah dan ada juga yang memerlukan kelas tambahan bagi memastikan anak mereka tidak ketinggalan.



Pengarah Montessori Tadika dan Penjagaan Anak Antarabangsa Brainybunch, Cik Murni Abdul Hamid, berkata:



"Pada tahun 2010, kira-kira 30 peratus kanak-kanak daripada kelas yang mempunyai 25 murid akan sertai tuisyen tetapi pada tahun 2022, ia kira-kira 70 peratus."



Pusat tersebut kini menempatkan 400 pelajar yang berusia semuda 18 bulan hingga enam tahun.



Cik Doreen Ng, pegawai tadbir yang berusia 39 tahun, berkata bahawa beliau mula menghantar anak lelakinya yang berusia enam tahun sejak tiga bulan untuk kelas tuisyen bahasa Inggeris dan Matematik apabila menyedari bahawa anaknya tidak boleh mengeja dan membaca selancar abangnya pada umur yang sama.



"Saya tidak mahu dia dipersendakan kanak-kanak lain jika dia tidak boleh membaca atau menulis. Dia pernah satu kali berkata kepada saya 'tuisyen terlalu susah, boleh saya berhenti?', tetapi kelas tersebut akan membantunya supaya dia tidak hadapi banyak kesukaran di Darjah 1."



Ibu bapa berkata tuisyen amat membantu kerana anak mereka akan menerima perhatian yang tidak ditawarkan oleh tadika.



Di pusat seperti Makmal Pelajaran dan Pusat Pelajaran AGrader, terdapat lima hingga 12 kanak dengan seorang cikgu berbanding dengan sekolah tadika yang secara purata, terdapat 25 murid kepada satu cikgu.



Seorang jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE) berkata:



"Apabila kanak-kanak terlalu bersedia dalam akademik, mereka mungkin akan mempelajari ilmu dan kemahiran yang tidak berpatutan dari segi pembangunan dan akan mengurangkan masa untuk aspek lain yang penting dalam perkembangan mereka."



Pada tahun 2019, MOE telah menggugurkan semua penilaian dan peperiksaan untuk murid-murid Darjah 1 dan 2.



Sebagai ganti, penilaian yang tidak diberikan gred seperti kuiz dan kertas kerja digunakan untuk mengukur tahap kefahaman mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >