Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat terapi kanak-kanak istimewa MacPherson dibuka

Jun 24, 2015 | 05:17 PM



LEBIH ramai kanak-kanak istimewa dapat manfaatkan rawatan bersubsidi dengan pembukaan Pusat Terapi Kanak-Kanak di MacPherson hari ini.


Pusat kendalian Thye Hua Kwan Moral Charities itu dibuka secara rasmi oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Cik Tin Pei Ling .


Ini merupakan Pusat Terapi Kanak-Kanak kedua badan kebajikan itu. Pusat pertama bertapak di Queenstown.


Sejak disiapkan pada April, pusat itu telah pun memberi khidmatnya kepada lebih 40 kanak-kanak dengan keperluan istimewa.


Pusat itu bertujuan untuk menampung lebih 120 kanak-kanak istimewa di kawasan timur Singapura, menjelang April 2016.


Bagi memastikan tiada kanak-kanak dengan keperluan istimewa dilucutkan perkhidmatan terapi, badan kebajikan itu telah memastikan yuran mereka di bawah kadar terapi swasta.


Tambahan lagi, ia akan terus memberi subsidi sehingga 90 peratus untuk keluarga-keluarga yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan badan kebajikan itu.


Pusat itu akan merawat kanak-kanak yang antara mereka menghidap Gangguan Spektrum Autisme, Kelewatan Pembangunan Global dan Gangguan Kurang Tumpuan Hiperaktif.


Antara harapan pusat ialah untuk berkhidmat kepada sekurang-kurangnya tiga Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (Eipic) atau sekolah istimewa di kawasan timur Singapura dan meningkatkan jangkauan serta kesedaran Program Sokongan Pembangunan kepada sekurang-kurangnya 80 peratus prasekolah di daerah MacPherson dan Geylang.


Kemudahan di pusat itu termasuk, bilik pemerhatian dengan cermin sehala yang turut berfungsi sebagai rakaman audio dan membolehkan ibu bapa serta pemerhati lain memantau sesi.


Pusat itu juga dilengkapi dengan gimnasium besar yang disesuaikan untuk pelbagai terapi dan bilik pelbagai guna besar untuk memudahkan latihan ibu bapa atau terapi berkumpulan.


Pada masa akan datang, perkhidmatan terapi akan merangkumi perkhidmatan psikologi dan terapi pendidikan untuk menyediakan persekitaran yang menyokong pembangunan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >