Pusat Warisan Chinatown bernafas baru dibuka mulai hari ini

DALAM satu pertunjukan cahaya animasi, model sebuah tongkang belayar melawan gelombang mengabadikan perjalanan berbahaya yang pendatang Cina melalui untuk datang ke Singapura.

Paparan itu sebahagian daripada Pusat Warisan Chinatown yang baru dirombak di tiga rumah kedai tiga tingkat di 48, Pagoda Street.

Mula dibuka pada 2002, ia telah dirombak untuk memperbaiki masalah penyenggaraan dan mengemas kini pamerannya.

Dimiliki Lembaga Pelancongan Singapura, tarikan itu mula diberi nafas baru pada Oktober 2014 dan dibuka semula kepada orang ramai pada petang Jumaat (8 Jan).

Merangkumi enam galeri, ciri-ciri interaktif dan mendalam pusat itu termasuk bunyi-bunyian ambien, keratan audio dan bau candu, perubatan tradisional Cina dan rempah.

Antara lain ia menghidupkan semula kisah sebuah kedai tukang jahit, sama dengan yang membarisi Pagoda Street dari 1950-an hingga 1980-an. Pengunjung juga akan dapat belajar tentang pengalaman pengayuh beca, tukang kayu, penjaja, wanita samsui dan pembuat terompah.

Terdapat juga satu bahagian mengenai persatuan suku kaum dan peranan yang dimainkan mereka dalam menyokong pendatang.

Tiket masuk pusat itu dari sekarang hingga 27 Januari ialah $12 untuk dewasa dan $8 bagi kanak-kanak. Warga emas tidak dikenakan bayaran jika ditemani pengunjung yang bayar.

Harganya naik kepada $15 untuk dewasa, $11 bagi kanak-kanak dan $3 untuk warga emas yang ditemani pengunjung yang bayar selepas pelancaran rasminya pada 28 Januari.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.