Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Qari Turkey kagumi ukhuwah Muslim S'pura walau berbilang kaum

Jun 09, 2017 | 05:30 AM



SEORANG qari dari Turkey, Shaikh Erkan Nalbat, melahirkan rasa kagum mengenai keakraban dan ukhuwah masyarakat Islam Singapura walaupun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.



Pemerhatian beliau itu dikongsinya setelah lebih 10 hari diundang ke masjid di serata Singapura untuk memperdengar ayat suci Al-Quran sepanjang Ramadan ini.



Seorang hafiz sejak berusia 12 tahun dan imam sebuah masjid di Istanbul, Shaikh Erkan Nalbat, 44 tahun, dihantar oleh Pejabat Presiden Ehwal Agama Turkey (Diyanet) untuk berkongsi bacaan Al-Quran gaya Turkey di sini.



"Ini pertama kali saya ke Singapura. Setelah mengunjungi beberapa masjid sepanjang lebih 10 hari di Singapura, saya berasa kagum melihat keakraban dan ukhuwah masyarakat Islam di sini walau mereka daripada pelbagai bangsa dan kaum berbeza.



"Saya gembira melihat semua anggota masyarakat Islam di sini berkumpul dan bersatu. Mereka menunjukkan kesefahaman yang sangat baik walaupun mereka terdiri daripada bangsa-bangsa berbeza. Saya dapat berasa jalinan muhibah yang erat di kalangan mereka," ujar beliau semasa diwawancara Berita Harian baru-baru ini.



Shaikh Erkan Nalbat, bapa dua anak perempuan, ialah imam sepenuh masa di Masjid Rustom Pasha Fatih di Istanbul. Beliau lulusan Universiti Al-Azahar dalam bidang usuluddin dan fikah.



Beliau menjadi hafiz hasil bimbingan bapanya, yang juga imam sepenuh masa sepanjang hayatnya sehingga beliau bersara pada usia 65 tahun.



Abangnya, Shaikh Ekram, pula imam di Masjid Sulaiman - masjid terbesar di Istanbul.



Menurut Shaikh Erkan, beliau mengambil masa selama satu setengah tahun untuk menghafal Al-Quran.



"Saya dibesarkan dengan Al-Quran kerana bapa saya seorang imam masjid sepanjang hidupnya dan kami sekeluarga hidup dalam suasana keagamaan," ujarnya dalam bahasa Turkey.



Ditanya mengenai Singapura, Shaikh Erkan berkata walaupun sebelum ini beliau belum pernah menjejakkan kaki di Singapura, beliau sudah mendengar berita tentang negara ini.



"Daripada apa yang saya dengar menerusi perbualan tentang Singapura, saya mendapat tahu bahawa Singapura negara aman dan orang bercakap baik tentang negara ini.



"Oleh itu, saya sangat gembira kerana dipilih mengunjungi Singapura sebab lawatan ini memberi peluang kepada saya memperdengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Turkey di masjid-masjid di Singapura," tambah beliau.



Shaikh Erkan membaca Al-Quran di sini sebelum waktu buka puasa, isyak atau selepas solat tarawih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >