Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Qariah muda meninggal sebelum sempat lihat abang genggam ijazah

Oct 16, 2014 | 04:31 PM



HASRAT qariah muda setempat, Majiidah Haji Khamsani, untuk melihat abangnya menerima segulung ijazah dalam majlis konvokesyen di Kuala Lumpur kelmarin tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhir di bilik hotel sehari sebelum majlis diadakan.


Malah, impian beliau sendiri untuk bergelar siswazah bidang Pengurusan Islam dari Open Universiti Malaysia (OUM) juga tidak mampu direalisasikan meskipun beliau lulus tahun pertama baru-baru ini dengan cemerlang dan namanya berjaya memasuki senarai dekan.


Adik kepada ustazah muda ternama, Nurul 'Izzah Khamsani, dari Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, itu meninggal dunia dalam usia 21 tahun di pangkuan ayahnya, Haji Khamsani Karim, setelah mengalami sesak nafas di bilik hotel sejurus sahaja keluarganya pulang dari bersiar-siar secara bersama malam itu.


Allahyarhamha mengalami penyakit systemic lupus erythematosus (SLE) atau lupus - sejenis masalah di mana sistem ketahanan tubuh tersilap mengenal pasti sel-sel sihat, tisu dan organ sebagai virus atau bakteria sejak berusia 12 tahun - dan menyusulinya, beliau mengalami kegagalan ginjal dua tahun lalu.


Ikuti laporan selanjutnya di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >