KEDEDUANYA terpaksa memakai kanta pembesar untuk membaca dan membesarkan saiz fon di komputer untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar.
Bagi Cik Fatin Anisa Asnawi, 26 tahun, yang menghadapi retinitis pigmentosa dan Cik Ernawati Fauzan Zakaria, 31 tahun, yang menghidap bilateral glaukoma, masalah mata yang dihidapi menjadi cabaran yang harus dipikul dengan penuh amanah di pejabat.