CIK Rahayu Mahzam (GRC Jurong) menggesa pemerintah menggalakkan perbincangan terbuka mengenai pelbagai isu termasuk isu kaum dan agama.
Contohnya, dengan masyarakat Islam kini prihatin tentang Islamofobia dan adanya pemerhatian tentang anggota masyarakat Islam kian tersisih, perlu ada perbincangan terbuka melibatkan masyarakat Islam dan bukan Islam, ujar Cik Rahayu.