MESKIPUN Hasanah Noor Azman tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam serta pengalaman dalam bidang kimia, semangat untuk mencari huraian bagi menangani isu pencemaran laut tidak pernah luntur.
Dengan bimbingan mentor dari Universiti Nasional Singapura (NUS), pelajar tahun ketiga Institut Millenia berusia 19 tahun itu berjaya mencipta sejenis kimia yang berupaya membantu produk lain melenyapkan bahan pencemar yang sering didapati di laut.