Usaha mengimbangi kurikulum sekolah yang mencabar ditambah pula dengan latihan harian mempersiapkan diri untuk pertandingan ternyata membuahkan hasil bagi Encik Irfan Zulhelmy Rohizam, 18 tahun.
Pelajar diploma tahun kedua dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa di Politeknik Temasek itu berjaya meraih pingat emas dalam kategori Penyelenggaraan Pesawat di Pertandingan WorldSkills Singapura (WSS) 2023 Fasa 2 baru-baru ini.