Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUAMI ISTERI MAUT DALAM NAHAS DI INDONESIA

Rakan kenang permintaan doa dari mangsa sebelum kemalangan berlaku

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



AJAL dan maut sudah ditentukan oleh Tuhan.



Namun, bagi Allahyarham Encik Firdaus Harun, beliau sempat meluahkan kepada rakan baiknya, Encik Irfan Azriman bahawa seolah-olah ajalnya hampir tiba tiga minggu sebelum terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jawa Timur, Indonesia.



Dalam satu kiriman mesej, Allahyarham Encik Firdaus, 31 tahun meminta rakannya itu untuk berdoa sekiranya beliau sudah tiada.



"Sejak ibunya meninggal dunia tahun lalu, beliau sudah reda ingin pergi dari dunia ini.



"Beliau juga mendedahkan tidak ada hasrat beraya tahun ini," kata Encik Irfan yang membuka restoran The 3 Dukes bersama Allahyarham di Kuala Lumpur.



Kakak Allahyarham, Cik Haliza Harun Rashid, turut memberi pandangan sama terhadap adiknya yang ingin terus berbakti kepada arwah ibunya.



"Beliau gemar menziarahi makam-makam wali di serata dunia. Beliau ke sana (Indonesia) juga kerana ingin menziarahi makam di sana.



"Beliau sempat membuat panggilan video pada malam sebelum kemalangan untuk memberitahu bahawa beliau sudah selesai sesi tahlil di sana dan telah berdoa untuk ibu kami," kata beliau yang telah ke Surabaya sekeluarga untuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Singapura malam kelmarin.



Selain Allahyarham Firdaus, isterinya, Cik Amal Sheikh Al Aidros Al Haddad, seorang warga Yaman yang dinikahinya hanya beberapa bulan lalu, juga maut dalam nahas yang berlaku di kota Probolinggo.



Allahyarham Firdaus merupakan anak bongsu lima beradik.



Allahyarham yang tinggal di Malaysia sejak sekitar lima tahun lalu, juga memiliki restoran di Kuala Lumpur.



"Ramadan ini beliau banyak menangis kerana ibu kami meninggal dunia setahun lalu pada waktu sama dan beliau tidak ingin beraya. Mungkin, beliau tahu beliau akan pergi dan beliau turut berminta maaf kepada rakannya.



"Walaupun beliau seorang adik lelaki di dalam keluarga, kehilangannya sungguh besar buat kami" kata Cik Haliza ketika ditemui di Pusara Aman semalam.





Lebih 100 orang datang menjemput kedua-dua jenazah di masjid Pusara Aman semalam.



Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SimplyIslam.sg, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, yang mendedahkan bahawa Allahyarham adalah seorang yang sangat baik dan riang dalam kalangan rakan-rakan.



"Meskipun saya 20 tahun lebih tua darinya, beliau menganggap saya sebagai abangnya kerana beliau seorang anak lelaki di dalam keluarganya.



"Sepanjang kenal beliau, beliau sangat baik dan banyak membantu orang biarpun di sini ataupun luar negara," katanya.



Malah, rakannya dari Malaysia, Encik Muhammad Mahfuz Aiman, 27 tahun sanggup datang ke Singapura untuk menziarahi Allahyarham.



"Beliau sangat baik dengan saya dan saya rasa tidak sedap hati kalau tidak bersamanya dalam perjalanan terakhir beliau ini," katanya yang sanggup memperbaharui pasportnya untuk masuk ke Singapura pagi semalam.



Meskipun hujan lebat, kedua-dua jenazah selamat dikebumikan pada lewat petang semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >