Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakyat berperanan menjadikan S'pura sebuah 'Negara Bijak'

Aug 17, 2014 | 09:13 PM



RAKYAT perlu memanfaatkan teknologi kerana ia boleh menjadikan Singapura sebagai tempat yang lebih baik dan menarik untuk didiami.


Menurut Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, lebih banyak lagi boleh dilakukan sekiranya negara ini memanfaatkan teknologi dan teknologi maklumat.


"Sedang pemerintah berusaha melakukan tugas dengan lebih baik menerusi MSO (pembentukan Pejabat Khidmat Perbandaran), rakyat juga boleh memainkan peranan dalam menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami...


"Anda boleh menjadi sebahagian daripada huraian, menjadi mata dan telinga di seluruh Singapura," ujarnya.


Beliau memberi contoh langkah beberapa agensi pemerintah yang memperkenalkan aplikasi bergerak bagi kemudahan awam.


Antaranya ialah Majlis Bandaran Ang Mo Kio yang menyediakan aplikasi iConnect untuk para penduduknya.


iConnect membolehkan penduduk di kawasan itu mengemukakan aduan atau maklum balas secara langsung tentang soal penyenggaraan estet.


Selain itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) turut memperkenalkan aplikasi MyTransport.


Aplikasi ini membolehkan orang ramai mengetahui tentang jadual ketibaan basm selain adanya tempat meletak kereta dan keadaan lalulintas.


Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) turut menawarkan aplikasi bergerak, myENV.


Mengongsi faedah yang ditawarkan NEA menerusi aplikasi ini, Encik Lee berkata, ia memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan maklumat terkini tentang indeks pencemaran udara (PSI), penularan denggi di republik ini, paras air, keadaan cuaca, haluan angin dan sebagainya.


Kesemua aplikasi bergerak ini boleh didapatkan dari dari Apple AppStore dan GooglePlay untuk dimanfaatkan pengguna telefon bijak jenis iPhone atau yang memanfaatkan sistem Android.


"Kesemua aplikasi ini adalah percuma. Harap muaturun dan gunakannya," kata Encik Lee sambil mengundang peserta yang hadir di acara Rapat Hari Kebangsaan malam tadi untuk mengunjungi pameran di luar auditorium yang menunjukkan pelbagai aplikasi dan peralatan dan rancangan pemerintah dalam menjadikan Singapura sebagi Negara Bijak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >