Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakyat S'pura digesa bersatu sedang serangan pengganas bertujuan pecahbelahkan

Jul 18, 2016 | 08:05 AM



WARGA Singapura perlu terus bersatu dan hidup dalam harmoni sedang serangan pengganas di seluruh dunia berusaha memecahbelahkan masyarakat, kata tiga menteri pada Ahad (17 Jul).



Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean menekankan kepentingan keharmonian kaum dan agama dalam mencegah, dan menangani, kemungkinan serangan pengganas di sini.



"Kita memberi tumpuan pada persamaan kita dan apa yang menyatukan kita sebagai rakyat Singapura, dan bukannya dipisahkan oleh apa yang membuat kita berbeza," kata beliau kepada penduduk dalam satu ucapan pada Perbarisan Jalanan Keharmonian Kaum dan Agama dan Karnival Keluarga Punggol North ke-12.



"Tujuan sembarang serangan pengganas bukan untuk mengambil nyawa sahaja, bahkan menimbulkan ketakutan dan memecahbelahkan masyarakat.



"Kita tidak boleh menghentikan setiap cara yang boleh digunakan untuk melakukan serangan pengganas, tanpa menyekat keseluruhan masyarakat kita dan menghalang diri kita menjalani kehidupan kita seperti biasa," kata Encik Teo, yang menyelia hal keselamatan merentasi pelbagai agensi sebagai Menteri Penyelaras Keselamatan negara.



"Huraiannya perlu datang daripada hati kita, dan daripada fikiran kita, bahawa kita telah memutuskan kita mahu hidup bersama dengan aman dan damai dan kita akan memastikan masyarakat kita, kejiranan kita, kekal seperti itu," ujar beliau, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.



Dalam perbarisan dan karnival itu, kira-kira 12,000 penduduk Punggol menghadiri perarakan di Punggol Field Road, yang menampilkan persembahan muzik, pesta makanan pelbagai agama dan mempamerkan perayaan serta majlis perkahwinan pelbagai kaum.



Kata-kata Encik Teo turut disuarakan Pemangku Menteri Pendidikan (Sekolah), EncikNg Chee Meng, yang juga AP GRC tersebut, yang menasihatkan agar jangan mengambil mudah keharmonian kaum dan agama.



"Kita perlu sentiasa berhati-hati mengenai keseimbangan yang diperlukan untuk mengekalkan keharmonian kaum dan pelbagai budaya," katanya.



"Ini sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah dan kita perlu membangunkan persahabatan dan perpaduan sekian lama kita. Kita mesti sentiasa mengingatkan diri kita tentang peri perlu sentiasa bijak dan menghormati kaum, budaya dan agama satu sama lain."



DPM Teo turut menggesa penduduk supaya memberitahu pemimpin masyarakat dan pihak berkuasa jika mereka tahu sesiapa sahaja yang mungkin terpesong dalam hal ini.



"Beritahu seseorang, dan kita akan bekerjasama untuk membantu menyelamatkan beliau daripada melakukan kerosakan terhadap dirinya sendiri, keluarganya, masyarakat dan negara kita," kata beliau.



Pada satu majlis berasingan untuk mengiktiraf sumbangan sukarelawan Melayu/Islam Yayasan Mendaki, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, juga menekankan keperluan menggalak persefahaman antara kaum dan agama.



"Keharmonian kaum adalah usaha yang tiada akhirnya," katanya. "Kita tidak harus tunggu hingga sesuatu berlaku untuk bertindak, kita perlu terus mendekati orang lain untuk mengukuhkan teras."



"Pujian harus di beri pada semua masyarakat - kita telah bekerja bersama-sama, kita telah menjalankan program demi pemahaman antara agama," kata Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Meneruskan usaha seperti itu bagi memperdalam kepercayaan dan persefahaman antara rakyat daripada pelbagai lapisan penting, terutamanya kerana penduduk Singapura sentiasa berubah dan menjadi lebih pelbagai dengan pendatang baru, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >