PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan penghargaan kepada masyarakat Islam setempat kerana telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan Ramadan yang bermakna pada 2023.
Ramadan ini adalah yang pertama menyaksikan masyarakat Islam boleh menyambutnya seperti biasa seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda Singapura.
Dalam satu catatan di Facebook pada Khamis, Encik Lee menyatakan kegembiraannya kerana beberapa kumpulan kariah berjaya meneruskan rancangan mereka mengadakan solat tarawih di bawah kolong blok setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
“Saya memahami hasrat kumpulan-kumpulan kariah menganjurkan solat tarawih di kolong-kolong flat.
“Saya gembira satu persefahaman telah dicapai dalam perkara ini setelah ia dibincangkan dengan Muis dan mereka telah mengizinkan banyak kumpulan kariah meneruskan rancangan asal mereka.
“Terima kasih kepada kumpulan-kumpulan kariah serta seluruh masyarakat Islam Singapura kerana bekerjasama dengan pihak berkuasa demi menyambut Ramadan kali ini dengan penuh bermakna,” kata beliau.
Dalam posnya, beliau juga berkongsi bahawa solat tarawih kini boleh dilakukan semula tanpa tempahan di 57 masjid.
Perkataan lemas sering menggambarkan rasa tenggelam atau kehilangan upaya untuk bernafas.
Daripada Luluh, Khai Bahar kini Lemas, melalui hasil karya Hamizan Ali dan Kykal Kadir, yang mengisahkan
Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim.
Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin.
Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ia
Barah pangkal rahim atau barah serviks merupakan salah satu penyakit barah yang boleh dielakkan.
Namun ia masih merupakan antara barah paling lazim dihidapi wanita di Singapura.
Kajian terkini yang
Dunia artis penuh glamor dan kegemilangan serta tidak sepi daripada jerih payah sudah pun ditinggalkan bintang era 1970-an dan 1980-an, Noor Kumalasari Mohamed Taib, sekitar 30 tahun lalu.
Dengan
DATUK JINS SHAMSUDDIN
“Saya bekerjasama dengan seniman agung, Datuk Jins Shamsuddin, bagi Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa. Beliau seorang pengarah yang sangat posesif...tak
DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD
“Saya anggap Datuk Sudirman Haji Arshad macam adik-beradik saya sendiri. Tak akan ada artis lain yang memiliki keserasian luar biasa dengan saya, yang dapat dirasakan
Jenama Hilton memang tidak asing dalam kalangan mereka yang gemar melancong dengan syarikat perhotelan global itu mempunyai 22 jenama kelas dunia dengan lebih 7,500 hartanah di serata dunia.
Menurut La
Melangkah ke Penny University di Wisma Geylang Serai (WGS), pengunjung terasa seperti diselubungi cahaya matahari yang membanjiri ruang luas kafe itu.
Aroma biji kopi yang baru dikisar juga menambah

Namun, beliau turut menyatakan bahawa beberapa masjid masih perlu menggunakan sistem tempahan.
“Bagi 10 masjid yang popular tetapi mempunyai ruang terhad, sistem tempahan perlu diadakan supaya mempermudahkan pengurusan jemaah dan saya telah difahamkan masijd-masjid ini telah berusaha untuk mewujudkan lebih banyak ruang solat,” kata beliau.
Mengakhiri posnya yang ditulis dalam kededua Bahasa Inggeris dan Melayu itu, beliau menggalakkan masyarakat bukan Islam untuk sertai rakan-rakan Islam mereka untuk berbuka puasa bersama-sama jika boleh.
“Dengan tiadanya sekatan Covid-19, ramai juga boleh berkunjung ke bazar-bazar Ramadan, dan menikmati kemeriahannya,” kata beliau sambil mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.