PROJEK Ramadan on Wheels (ROW) tahun ini memberi lebih tumpuan kepada pembangunan kerjaya.
Dianjurkan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), penerima bantuan projek ROW akan berpeluang mengikuti kursus peningkatan kemahiran oleh Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) selain menerima baucar makanan bulanan.