Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai jemaah mungkin tidak dapat kerjakan umrah

May 23, 2014 | 06:03 PM



RAMAI jemaah Singapura mungkin tidak dapat menunaikan ibadah umrah pada musim cuti sekolah ini ekoran langkah kerajaan Arab Saudi mengetatkan pengeluaran visa umrah sejak Mei lalu.


Dianggarkan sekitar 2,500 jemaah setempat yang sepatutnya menunaikan umrah masih belum mendapatkan visa ekoran langkah negara itu.


Demikian menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, yang ditemui Berita Harian tadi.


Namun, katanya, jumlah kuota visa umrah yang diperuntukkan bagi jemaah Singapura tidak diketahui.


Ini kerana kerajaan Saudi menggunakan sistem di mana visa baru akan dikeluarkan berdasarkan bilangan jemaah Singapura yang meninggalkan Jeddah.


Contohnya, jika 10 jemaah Singapura meninggalkan Jeddah, 10 visa baru akan dikeluarkan.


"Jumlah jemaah yang berangkat awal Mei lalu sedikit sahaja dan kalau mereka keluar pun, bilangan visa baru yang akan dikeluarkan juga sedikit, sedangkan yang menantikan (visa diluluskan) di sini tidak kurang daripada 2,500 orang," kata Ustaz Tengku Mohd Fouzy, yang menganggarkan terdapat kurang 500 jemaah Singapura di Jeddah sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >