Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai mengingati hari jadi mendiang Lee Kuan Yew hari ini

Sep 16, 2015 | 01:25 PM



RAMAI orang memuat naik pos bagi memperingati hari jadi mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew pada Rabu (16 Sep).


Jika masih hidup, mendiang, yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu, berumur 92 tahun hari ini.


Umpamanya, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat, Setiausaha Sulit Kanan Encik Lee dari 1997 hingga 2000, dalam pos di Facebook mengisahkan memori peribadi memilukan beliau mengenai Encik Lee apabila mendiang mencapai 90 tahun.


Encik Heng teringat Encik Lee begitu berkeras hendak menghadiri sidang Parlimen hari itu walaupun kesihatan beliau kurang baik.


Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen merujuk kepada keputusan pilihan raya umum baru-baru ini dalam pos kenangan ucapan terkenal Encik Lee.


"Esok hari jadi Encik Lee Kuan Yew, yang pernah berkata bahawa beliau akan 'bangun' ketika dimasukkan ke dalam kubur, jika beliau berasa ada sesuatu yang salah bagi Singapura," tulis Dr Ng.


"Saya rasa Encik Lee akan berada dalam keadaan amat aman mengenai masa depan kita, mengetahui keputusan GE2015, di mana rakyat Singapura mengundi dengan bijak kesinambungan dalam kemantapan politik dan kemajuan negara."


Anggota Parlimen baru, Encik Amrin Amin, menulis: "Minat dan semangat beliau bagi Singapura hidup dalam diri kita semua. Encik Lee, kami akan mengikuti pelangi itu!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >