Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai terus ziarahi mantan presiden Nathan, harap beliau sembuh

Aug 02, 2016 | 09:26 AM



UCAP selamat bagi mantan presiden S R Nathan terus mencurah-curah daripada pelawat pada Isnin (1 Ogos), sehari selepas beliau dimasukkan ke hospital kerana angin ahmar.



Antara pemimpin, penjawat awam kanan dan kawan lama yang menziarahi beliau di Hospital Besar Singapura ialah pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik J. Y. Pillay; Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam; dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Uundang, Encik K. Shanmugam.



Yang lain termasuk sejarahwan Wang Gungwu daripada Institut Asia Timur di Universiti Nasional of Singapura (NUS); Setiausaha Tetap Kedua Kementerian Ehwal Luar, Encik Albert Chua; Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Burhan Gafoor; dan mantan Anggota Parlimen Dilantik Claire Chiang.



Cik Chiang berkata kali terakhir beliau bertemu Encik Nathan, 92 tahun, ialah kira-kira 10 hari lalu di rumahnya.



"Beliau berdiri di pintu, menyambut kami tanpa sembarang sokongan, tidak ada sebatang tongkat pun," katanya, sambil menambah bahawa Encik Nathan memberitahu beliau supaya melawatnya lebih kerap.



Cik Claire berjanji akan memberi Encik Nathan tom yam lebih pedas apabila mereka bertemu lagi, memandangkan deria rasa beliau telah berkurangan.



"Jadi saya beritahu beliau tadi, 'Abang, bangun. Ada mi siam, samosa dan tom yam pedas menunggu awak'," kata Cik Claire.



"Beliau suka makan."



Seorang pemilik kedai permaidani, Encik N.J. Doshi, 85 tahun, yang mengenali Encik Nathan lebih satu dekad, berkata selepas lawatannya: "Beliau orang baik dan anda jarang bertemu orang seperti itu dalam hidup anda.



"Kami doakan beliau sembuh, tetapi kami tahu beliau dalam keadaan kritikal."



Warga Singapura lain menyuarakan harapan mereka agar Encik Nathan cepat sembuh di media sosial.



Pengguna Facebook Elias Sandy, misalnya, berkata: "Beliau tidak sombong, mudah mesra dan praktikal, walaupun beliau seorang Presiden... Mari kita semua mengingati beliau dalam doa kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >