Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramli Sarip dan Fiza O antara empat Duta Bahasa tahun ini

Ervina Mohd Jamil
Jun 16, 2015 | 05:55 PM



EMPAT Duta Bahasa bagi kempen Bulan Bahasa tahun ini diperkenalkan dalam satu sidang media di Taman Warisan Melayu semalam.


Mereka adalah legenda rok tanah air, Datuk Ramli Sarip; deejay radio 89.7FM, Fiza O; wartawan Berita Harian, Encik Mohamed Hairianto Mohamed Diman; serta penulis cerpen dan guru Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Cik Siti Aisyah Mohamed Salim yang juga dikenali dengan nama penanya Chempaka Aizim.


Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Encik Zaqy Mohamad, yang memperkenalkan mereka berkata pemilihan Duta Bahasa tahun ini menunjukkan kepelbagaian dengan memaparkan tokoh veteran seperti Datuk Ramli yang boleh menggerakkan generasi akan datang serta pengguna bahasa lebih muda seperti Fiza O, Encik Mohamed Hairianto dan Cik Siti Aisyah yang juga boleh dijadikan ikon bahasa Melayu.


Bulan Bahasa tahun ini yang bertemakan 'Bahasa: Ilmu, Budaya, Mesra' akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Gardens by the Bay pada 5 September.


Pelbagai acara untuk meraikan Bulan Bahasa juga akan diadakan di beberapa estet perumahan termasuk Tampines, Nee Soon, Chua Chu Kang dan Jurong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >