PADA 2030, Singapura dianggarkan mempunyai 796,000 ataupun 18.9 peratus penduduk yang berusia 65 tahun ke atas, menurut Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Zuraimi Mohamed Dahlan.
Oleh kerana itu, masyarakat Melayu di Singapura harus memperkasakan diri untuk berdikari di hari mendatang dari segi kesihatan, kewangan, keluarga dan ukhrawi dan semua ini telah dibincangkan sewaktu forum awam kesihatan kelmarin.