Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang dilulus wajibkan minta izin sebelum mohon tangguh hukuman mati lepas habis rayuan

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



BANDUAN menantikan hukuman gantung tidak lama lagi perlu mendapatkan izin Mahkamah Rayuan sebelum memfailkan permohonan lanjut bagi menangguh pelaksanaan hukuman itu selepas saluran undang-undang bagi mereka mengemukakan rayuan sudah habis digunakan.



Ini setelah Rang Undang-Undang Permohonan Selepas Rayuan Dalam Kes Boleh Membawa Hukuman Mati, yang bertujuan mengelak proses mahkamah disalah guna, diluluskan di Parlimen semalam.



Selepas mendapat izin Mahkamah Rayuan, permohonan itu akan dibentangkan kepada panel tiga atau lebih hakim.



Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-Undang merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, memberitahu Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi mengemukakan permohonan itu, banduan terbabit antara lain perlu menyatakan dasar bagi mencabar keputusan mahkamah dan alasan permohonan tidak difail lebih awal.



Dalam memutuskan hendak memberi izin atau tidak, mahkamah akan menimbangkan pelbagai faktor, termasuk apakah permohonan itu mempunyai prospek berpatutan untuk berhasil dan apakah ia berdasarkan bukti atau hujah yang mungkin tidak dibentangkan di mahkamah sebelum itu.



Menyokong rang itu, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), berkata bahan baru dalam bentuk bukti dan hujah perundangan tidak dilarang oleh rang itu.



"Sementara rang ini mungkin dianggap sesetengah pihak menyukarkan peguam yang ingin mengemukakan permohonan selepas rayuan dalam kes boleh membawa hukuman mati, pada pandangan saya, ia dapat mengawal prosesnya dengan lebih baik dan juga tidak terus menolak pembelaan yang tidak didengar semasa perbicaraan," ujar beliau.



Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) bertanya apa yang dimaksudkan dengan permohonan mempunyai prospek berpatutan untuk berhasil. Cik Rahayu berkata Mahkamah Rayuan akan menimbangkannya.



Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) bertanya apakah Skim Bantuan Guaman bagi kesalahan boleh membawa hukuman mati - yang menawarkan perwakilan guaman percuma kepada tertuduh semasa perbicaraan dan rayuan - akan dilanjutkan bagi merangkumi permohonan selepas rayuan.



Cik Rahayu berkata lanjutan sedemikian perlu dikaji dengan teliti bersama pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.



Menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang GRC) apakah lebih banyak usaha boleh dijalankan untuk meningkatkan kesedaran di peringkat antarabangsa tentang pendekatan Singapura berhubung hukuman mati, Cik Rahayu berkata kritikan terhadap pendekatan Singapura sering berdasarkan tanggapan salah dan fakta tidak tepat.



"Singapura giat menyertai forum antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta secara dua hala bagi menangani tanggapan salah itu dan menerangkan pendekatan kami. Kami akan terus mendekati dan meningkatkan kesedaran," ujarnya.




"Singapura giat menyertai forum antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta secara dua hala bagi menangani tanggapan salah itu dan menerangkan pendekatan kita. Kami akan terus mendekati dan meningkatkan kesedaran."



- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-Undang merangkap Kesihatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >