Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang undang-undang baru tingkat daya tahan, keselamatan ekon S’pura

Pejabat khusus bakal ditubuh bagi laksana rang undang-undang kawal selia pelaburan dalam entiti kritikal
Nov 09, 2023 | 05:50 PM



Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, kelangsungan Singapura akan bergantung kepada keupayaan negara ini menyesuaikan strateginya bagi menangani perubahan global selain mengurus hubungan antara kepentingan ekonomi dan keselamatan lebih baik berbanding pesaingnya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong pada Khamis.

Beliau berkata rang undang-undang baru bagi mengawal selia pelaburan utama dalam entiti kritikal yang diperkenalkan pada Isnin, adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan daya tahan dan keselamatan ekonomi negara.

“Rang undang-undang itu akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai hab yang dipercayai, untuk perniagaan melabur dengan yakin dalam Singapura yang stabil, selamat dan terjamin,” tambahnya.

Langkah tersebut merupakan salah satu daripada beberapa strategi yang digariskan Encik Gan untuk membantu Singapura mengharungi tuntutan global yang semakin tidak menentu.

Ketidaktentuan ini turut menyaksikan penyusunan semula pakatan dan rantaian bekalan, serta pengimbangan semula keutamaan negara.

Beliau berucap di perbincangan Meja Bulat Ekonomi Singapura ke-39 anjuran Institut Kajian Dasar di Orchard Hotel.

Encik Gan berkata dalam beberapa minggu akan datang, pemerintah Singapura akan mendekati pemain industri, terutamanya entiti yang sedang dipertimbangkan untuk penetapan berpotensi di bawah rang undang-undang baru itu. 

“Kami akan berkongsi butiran rang undang-undang ini dan kami akan bekerjasama dengan mereka mengenai butiran pelaksanaannya juga,” kata beliau.

Singapura juga sedang menubuhkan pejabat khusus untuk melaksanakan rang undang-undang ini dan akan bekerja rapat dengan perniagaan serta pelabur sebaik sahaja ia diluluskan.

Ini akan memastikan proses itu dapat dilaksanakan secekap mungkin, kata Encik Gan.

Singapura kini bergantung pada perundangan sektor untuk memantau dan mengurus organisasi dalam perkhidmatan terkawal seperti telekomunikasi, perbankan dan utiliti.

Encik Gan berkata: “Peralatan ini telah banyak berjasa kepada kami dan akan terus menjadi penting dalam strategi keseluruhan kami.

“Bagaimanapun, disebabkan persekitaran ekonomi yang semakin kompleks, adalah penting bagi kami untuk melihat lebih luas tentang cara kami boleh menguruskan risiko yang mungkin timbul daripada beberapa entiti kritikal ini dengan lebih berkesan.”

Di bawah undang-undang yang dicadangkan, syarikat yang ditetapkan perlu mendapatkan kelulusan apabila terdapat perubahan tertentu dalam pemilikan atau kepimpinan.

Encik Gan menegaskan hanya segelintir entiti dijangka akan ditetapkan dan dikawal di bawah undang-undang baru ini, kerana majoriti entiti kritikal sudah dilindungi oleh perundangan sektor.

Rang undang-undang itu telah direka sebagai mesra perniagaan, kata beliau, sambil menambah bahawa penetapan ini hanya untuk entiti individu dan bukannya keseluruhan sektor.

“Kami sedang berunding rapat dengan wakil industri untuk mengambil kira pandangan dan cadangan daripada kedua-dua peniaga dan pelabur,” tambah beliau.

Satu lagi strategi melibatkan memperluaskan ketersambungan Singapura kepada ekonomi serantau dan antarabangsa, kerana ini akan membantu ia menempuh gelombang peluang global.

Encik Gan berkata: “Kita tidak mampu untuk berpaling daripada pasaran global. Kita juga tidak mampu untuk membiarkan pasaran global berpaling daripada kita.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >