SATU rangka kerja baru yang bertujuan menjana sektor infokom dalam ekonomi negara, meliputi antara lain panduan kerjaya dan kemahiran dalam sektor tersebut, telah dilancarkan semalam.
Rangka Kerja Kemahiran untuk Teknologi Infokom (ICT) itu diharap dapat membantu pekerja memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi lebih daripada 42,000 permintaan profesional ICT dalam tempoh tiga tahun akan datang.