SATU rangka kerja SkillsFuture Untuk Pendidik telah dilakarkan bagi para guru mendapatkan latihan profesional bagi mempersiapkan mereka memenuhi keperluan berubah dalam pelajar mereka.
Menggariskan pelan latihan itu dalam perbahasan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung berkata guru merupakan satu faktor penting yang menentukan kejayaan bagi semua perubahan yang dilakukan MOE.