Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka tindakan baru bagi lakar cara sektor guaman manfaatkan teknologi

Jan 09, 2017 | 02:26 PM



PEGUAM akan terpaksa memikirkan semula cara mereka berkhidmat, dek teknologi telah mengubah sektor undang-undang dengan lebih pesat sejak tahun-tahun kebelakangan, kata Hakim Besar Sundaresh Menon pada Isnin (9 Jan).



Sebagai contoh, kemunculan platform penyelesaian pertikaian dalam talian bagi membolehkan pengguna mencari huraian tanpa perlu mengambil tindakan litigasi terbukti berjaya, ujar beliau pada pembukaan Tahun Perundangan 2017.



Platform ini menggabungkan rundingan, pengantaraan dan timbang tara dengan keupayaan kecerdasan buatan, kata Encik Menon, sambil menambah:



"Hanya tinggal menunggu masa sebelum kaedah sama digunakan dalam bidang lain, seperti kemalangan motor dan tuntutan kecederaan di tempat kerja."



Sebagai respons kepada perkembangan ini, satu rangka tindakan teknologi lima tahun yang melakar "mahkamah masa depan" dan pembentukan sebuah Jawatankuasa Pemandu IT Satu Kehakiman diumumkan.



Rangka tindakan itu menyarankan pelbagai inisiatif teknologi maklumat (IT) yang akan dikaji, disemak semula dan dikemas kini oleh jawatankuasa pemandu itu



Saranan tersebut telah dipersetujui Hakim Besar, menyusuli kajian mengenai cara mahkamah boleh memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan pentadbiran keadilan oleh Pasukan Petugas Mahkamah Masa Depan yang dibentuk tahun lalu (2016).



Beliau turut mengumumkan penubuhan Wawasan Teknologi Guaman Akademi Undang-Undang Singapura (SAL), yang mewakili penggunaan teknologi guaman dan "pengeraman pemandangan teknologi guaman di Singapura".



Pelan pembangunannya, yang akan dilaksana dalam tempoh lima tahun, termasuk menggalak penggunaan meluas teknologi asas di firma undang-undang kecil dan sederhana.



Di samping itu, ia membentangkan kemungkinan pasaran maya yang akan membantu memadankan permintaan dan pembekalan khidmat undang-undang, dan menyediakan maklumat dan alat penilaian bagi peguam dan pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >