Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian selaras sokongan bagi warga emas akan dicuba di tiga hingga lima kejiranan

Mar 30, 2016 | 03:29 PM



SATU program baru, bagi menyelaras dengan lebih baik perkhidmatan sokongan untuk warga emas dalam masyarakat, akan dicuba di tiga hingga lima kejiranan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dan kemudian diperluas jika berjaya.



Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, yang pertama kali mengumumkan program Rangkaian Masyarakat bagi Warga Tua itu dalam ucapan Belanjawan minggu lalu, memberi butiran mengenai skala dan garis masa skim itu kepada pemberita di luar acara lawatan ke Pusat Kegiatan Warga Tua Thong Kheng (TKSAC) di Bukit Merah pada Rabu (30 Mac).



Rangkaian sokongan itu akan terdiri daripada pihak berkepentingan tempatan, seperti pertubuhan tidak cari untung, sekolah dan perniagaan.



Di tengah-tengah skim itu ialah satu pasukan kecil pegawai sepenuh masa yang akan mengkaji keperluan kesihatan dan sosial warga emas.



Melalui rangkaian ini, Pemerintah berharap dapat membantu warga tua mengenal pasti masalah kesihatan mereka awal dan menguruskannya dengan baik.



Ia juga berharap dapat menghubungi mereka yang sihat dan mudah bergerak dengan pelbagai kegiatan bagi menggalak mereka kekal aktif.



Ditanya bagaimana inisiatif itu berbeza daripada pejabat perkhidmatan sosial (SSO) sedia ada yang juga membantu menyelaraskan usaha sokongan, Encik Heng berkata:



"SSO menjaga keperluan sosial luas, tetapi jika anda melihat keperluan penjagaan kesihatan, (kita perlu lihat) bagaimana kita boleh bekerja lebih rapat bersama Lembaga Penggalak Kesihatan dan hospital... Ini satu inisiatif yang sangat penting."



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, dan Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Cik Joan Pereira, menyertai Encik Heng dalam lawatan tersebut.



Dr Khor berkata program perintis itu akan membolehkan bantuan kumpulan menjadi lebih berkesan dalam mendekati warga tua.



"Beberapa pertubuhan dan agensi mungkin sedang mendekati warga tua sama dan mungkin ada beberapa warga emas yang tidak dihampiri."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >