Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkul PhD dari Universiti Cambridge

Selesaikan dalam tempoh singkat, penuntut pertama tamatkan pengajian di kalangan kohort
Jun 27, 2017 | 05:30 AM



Dua akademik Melayu/Islam Singapura pulang ke tanah air dengan menggenggam ijazah berprestij dunia baru-baru ini. Dr Roszalina Rawi lulus ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pembelajaran bahasa daripada Universiti Cambridge di Britain, sementera Dr Johannis Abdul Aziz merupakan siswazah Universiti Oxford sebelum meraih ijazah Sarjana dan PhD dalam bidang sains politik daripada Universiti California Berkeley di Amerika Syarikat. NAZRY MOKHTAR (nazry@sph.com.sg) melaporkan.



CINTA terhadap bahasa Melayu sudah bersemi di hati Dr Roszalina Rawi sejak sekian lama.



Sejak kecil, di bawah bimbingan ayahnya, peraduan bercerita sering dijadikan sebagai taman permainan dan pentas untuk mencungkil bakat yang terpendam.



Malah, beliau pernah dinobatkan sebagai juara pidato berkat penguasaan bahasa ibunda dan Inggeris yang baik yang disulami dengan suara lantang dan gaya bersahaja.



Ternyata, bakat yang terserlah itu tidak disia-siakan begitu sahaja. Sebaliknya, ia dipupuk dan dibaja sehingga berjaya membawanya ke menara gading.



Baru-baru ini, beliau pulang ke tanah air dengan satu lagi kalungan kejayaan setelah meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pembelajaran bahasa.



Ijazah itu tambah bermakna bagi dirinya kerana diperolehi daripada Universiti Cambridge di Britain - antara universiti berprestij dunia.



"Saya bersyukur dapat menuntut di Universiti Cambridge. Pensyarah dan penuntut mencabar minda dan mereka sering bersaing. Ini menjadikan suasana kampus sungguh memberangsangkan. Pengalaman tinggal dan belajar selama tiga tahun di situ sungguh indah dan akan saya kenang sampai bila-bila," katanya.



Dr Roszalina, 38 tahun, kini bertugas sebagai felo penyelidikan possiswazah di Institut Pendidikan Nasional (NIE).



Bekas pelajar Sekolah Perempuan Raffles (RGS) itu lulus ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Melayu dan Ekonomi daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2001.



Selepas menjalani program diploma perguruan di NIE, beliau ditugaskan sebagai guru Bahasa Melayu - mula di Sekolah Menengah Jurong West selama lima tahun dan kemudian di Sekolah Menengah Queenstown selama lima tahun.



Beliau kemudian berpindah ke NIE sebagai Felo Pengajar setelah meraih ijazah Sarjana dalam Pendidikan daripada institut perguruan itu yang diikuti secara sambilan.



Pada 2013, beliau berjaya mendapat biasiswa NIE untuk mengikuti program PhD di Universiti Cambridge.



Walaupun menerima beberapa tawaran lain seperti di Kings College dan Institut Pendidikan Britain, beliau akhirnya memilih universiti terkemuka itu kerana reputasinya.



Pengajian yang biasanya mengambil masa empat tahun itu berjaya diselesaikan dalam masa tiga tahun.



Malah, beliau merupakan penuntut pertama yang berjaya menamatkan program possiswazah itu daripada kohortnya seramai 50 orang dari serata dunia.



Bagi tesisnya, Dr Roszalina menjalankan kajian tentang cara-cara menggunakan kaedah penilaian untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih menarik bagi pelajar.



Sebagai penyelidik, beliau sudah pun membentangkan kertas kajiannya di beberapa persidangan bahasa antarabangsa.



"Pencapaian ini sungguh bermakna bagi saya dan saya harap dapat merangsang guru lain. Saya bangga dengan kedudukan saya sebagai guru Bahasa Melayu.



"Tetapi ada sesetengah guru Bahasa Melayu yang berasakan diri mereka kecil dan tidak setanding dengan guru lain.



"Kita tidak boleh berfikiran seperti itu. Guru Bahasa Melayu juga boleh bersaing dengan yang lain dan memberi sumbangan bermakna di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," kata beliau, yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak dengan satu lagi dalam kandungan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >