Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rantau cukup besar bagi China, Amerika: Duta Singapura

Jun 09, 2016 | 08:55 AM



BEIJING: Singapura, sebagai kawan baik kepada kedua-duanya, China dan Amerika Syarikat, tidak melihat peranan China berkembang di rantau ini dengan mengorbankan sumbangan Amerika kepada rantau ini, kata Duta Besar Singapura ke China, Encik Stanley Loh.

Dalam surat yang disiarkan pada Rabu (8 Jun), Encik Loh memberi amaran supaya tidak terperangkap dalam mentaliti jumlah sifar (apabila satu pihak mendapat bahagian yang lebih, pihak lain akan menerima bahagian yang kurang), sambil berkata Singapura bersetuju dengan apa yang pemimpin China dan Amerika telah nyatakan - Asia Pasifik cukup besar untuk menampung kedua-dua kuasa itu.

"Baru-baru ini Presiden China Xi Jinping berkata Amerika Syarikat dan China perlu 'memupuk rangkaian rakan bersama' dan Singapura sebahagian daripada rangkaian rakan bersama ini," tulis beliau, merujuk kepada kenyataan Encik Xi pada permulaan dialog Sino-Amerika tahunan Isnin lalu.

Duta Singapura itu berkata demikian bagi menyangkal pandangan "salah sepenuhnya" yang dikemukakan oleh penyelidik Akademi Sains Sosial China, Dr Cheng Bifan, bahawa Singapura mengambil pihak menentang China mengenai isu-isu seperti pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Ulasan Dr Cheng diterbitkan pada 1 Jun dalam edisi China Times Global, sebuah tabloid dikaitkan dengan Parti Komunis.

Beliau menulis untuk mengulas satu ulasan pada April 29 dalam Times Global oleh bekas Ketua Eksekutif China Aviation Oil, Encik Chen Jiulin, yang menggesa Singapura menyokong pendirian China bahawa pertikaian Laut China Selatan perlu diselesaikan melalui rundingan dua hala dalam kalangan negara yang menuntut.

Dalam ulasan bertajuk 'Singapura memilih sasaran salah dalam strategi imbangan kuasanya', Dr Cheng menyebut tindakan oleh Pemerintah Singapura dan ucapan oleh pemimpinnya sebagai bukti bagi menyokong dakwaannya bahawa Singapura mengambil pihak menentang China.

Beliau mengkritik langkah Singapura membiarkan jet tentera dan kapal tentera laut Amerika berpangkalan di Republik itu.

Dr Cheng berkata Singapura juga "bersandar ke arah Jepun", dengan memetik kenyataan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang Tokyo pada 2013 bahawa China boleh kehilangan kedudukan globalnya jika ia menggunakan kekerasan dalam pertikaian Laut Timur Asia dengan Jepun.

Encik Loh, dalam suratnya yang diterbitkan dalam laman web bahasa Inggeris dan Cina Global Times, berkata pelbagai komen pemimpin Singapura yang dipetik oleh Dr Cheng diambil di luar konteks dan adalah "satu putar balik besar mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan".

Menurut laporan media, Kementerian Ehwal Luar Singapura pada 2013 berkata Encik Lee membuat kenyataan itu - yang dilaporkan kemudian oleh Global Times - dalam konteks soalan yang lebih luas apakah negara-negara serantau harus bersatu untuk mengepung China.

Encik Lee menolak pendekatan sedemikian sebagai tidak membina dan tidak berguna kerana setiap negara di rantau ini mendapat manfaat daripada kemajuan China dan berharap memupuk hubungan baik dengan Beijing. Beliau juga menegaskan pemimpin Cina memahami keperluan negara itu membangunkan dengan cara aman yang tidak akan mengancam jiran-jirannya.

Dalam suratnya, Encik Loh juga menyebut bagaimana Singapura menyokong pembangunan China sejak beberapa tahun dan juga inisiatif negara itu, seperti Bank Pelaburan Prasarana Asia.

Ia juga memainkan peranan "memudahkan" dalam hubungan rentas selat, misalnya menganjurkan mesyuarat sulung antara pemimpin tertinggi China dan Taiwan pada November lalu.

"Ini dapat dilaksana hanya kerana Singapura telah mengekalkan pendirian berprinsip dan konsisten dalam isu ini," ujar Encik Loh.

Begitu juga, Singapura, walaupun bukan sebuah negara yang menuntut, mengambil pendirian berprinsip di Laut China Selatan, menekankan hak kebebasan pelayaran dan penerbangan, yang merupakan kepentingan genting negara.

"Kebangkitan China akan menyebabkan perubahan besar dalam persekitaran strategik, terutama bagi negara-negara kecil seperti Singapura.

"Kami berharap titik pergeseran yang boleh timbul, seperti Laut China Selatan, tidak akan menjejaskan trajektori positif keseluruhan," kata Encik Loh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >