Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rawatan awal boleh selamatkan pesakit kencing manis daripada buta

Nov 12, 2015 | 09:47 AM



HAMPIR setiap hari, ada seseorang di Singapura disahkan menghidap edema makular diabetes, penyebab utama kebutaan dalam kalangan orang umur bekerja dan yang biasa dialami pesakit kencing manis.


Dengan rawatan, penglihatan pesakit boleh dihalang daripada menjadi lebih teruk. Bagaimapun, ramai pesakit terlambat mendapatkan rawatan - selepas terlalu banyak kerosakan berlaku.


Pengarah perubatan Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC), Profesor Wong Tien Yin, berkata akibat terlambat mendapat rawatan, penglihatan pesakit begitu kabur hingga mereka tidak boleh memandu di bawah undang-undang, lapor akhbar The Straits Times.


Jika tidak dirawat, separuh daripada pesakit akan kehilangan dua baris penglihatan dalam carta penglihatan dalam tempoh dua tahun selepas didiagnosis.


Carta mata biasa mempunyai lapan baris - kehilangan dua baris bermakna seseorang itu dapat melihat hanya enam baris paling atas.


Timbalan ketua perubatan retina di SNEC, Profesor Madya Gemmy Cheung, berkata kehilangan tiga baris bermakna saiz sesuatu objek itu perlu dibesarkan seganda untuk dapat dilihat, dan ini bermakna kemerosotan ketara penglihatan.


Kira-kira 25 pesakit baru memulakan rawatan di SNEC setiap bulan, dengan empat daripada lima berumur 40 hingga 60 tahun. Mereka memerlukan suntikan bulanan untuk tempoh tiga hingga enam bulan pertama, kemudian pada jangka masa lebih lama.


Mereka perlu dua hingga tiga suntikan pada tahun kedua dan kebanyakan mereka boleh berhenti selepas itu tanpa kemerosotan penglihatan, selagi mereka mengawal penyakit kencing manis mereka, ujar Profesor Wong.


Beliau berkata pesakit yang memulakan rawatan awal boleh dirawat secara berkesan dengan ubat generik yang dipanggil Avastin, yang berharga $640 setiap suntikan, atau $240 selepas subsidi.


Kira-kira 30 hingga 40 peratus pesakit akan mendapati penglihatan mereka bertambah baik, sementara hampir semua yang lain akan mendapati penglihatan mereka tidak menjadi lebih kabur.


Bagi pesakit yang penglihatannya telah merosot dengan ketara, terdapat ubat lebih mahal, Eyelea, yang boleh mengembalikan lagi penglihatan mereka dalam tahun pertama rawatan, menurut Profesor Wong.


Tiada subsidi untuk ubat ini, yang berharga $1,250 setiap suntikan.


Kebanyakan pesakit mengalami masalah itu pada kedua-dua mata, jadi kosnya bertambah seganda.


Mereka boleh menggunakan MediShield Hayat dan Medisave untuk membayar bagi rawatan tersebut.


Profesor Wong berkata jika rawatan dimulakan awal, kemungkinan sembuh lebih baik, dan kos rawatan lebih rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >