Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raymond Lim: Setiap menteri pengangkutan cuba sedaya upaya tangani isu

Aug 28, 2015 | 08:55 AM



PERDANA Menteri Pengasas Lee Kuan Yew pernah memberitahu mantan menteri pengangkutan Raymond Lim bahawa menerajui portfolio pengangkutan "satu kerja sukar" tetapi ada orang yang harus melakukannya.


Encik Lim menceritakan ini semalam semasa memperkenal barisan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC West Coast bagi Pilihan Raya Umum 2015 pada 11 September ini.


Beliau juga mengumumkan persaraannya daripada politik.


Encik Lim enggan mengulas apabila ditanya mengapa beliau meninggalkan portfolio pengangkutan selepas lima tahun, atau kenapa penggantinya, Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew, mengumumkan beliau akan melakukan perkara yang sama.


"Pengangkutan sebuah kementerian mencabar. Saya rasa setiap Menteri Pengangkutan menghadapi cabaran sendiri," ujar Encik Lim.


"Saya percaya bahawa setiap menteri pengangkutan, daripada Yeo Ning Hong hingga Lui Tuck Yew, cuba sedaya upaya untuk menangani isu-isu," kata beliau.


"Dan dalam kes Tuck Yew, saya sangat yakin bahawa, sebagaimana katanya, beliau telah memberi sepenuhnya. Dan saya harapkan yang terbaik bagi beliau."


Encik Lim memasuki politik pada 2001 dan dilantik menjadi menteri negara selepas terpilih. Beliau menjadi menteri penuh pada 2005.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >