Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rayuan penulis blog Amos Yee ditolak

Oct 08, 2015 | 12:58 PM



RAYUAN penulis blog Amos Yee terhadap sabitan dan hukuman penjaranya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis (8 Okt).


Yee, yang memfailkan notis rayuan melalui peguamnya Alfred Dodwell pada 9 Julai, tidak hadir semasa perbicaraan.


Remaja berusia 16 tahun itu didapati bersalah pada 12 Mei, selepas perbicaraan dua hari, bagi tuduhan berniat melukakan perasaan penganut Kristian dalam sebuah video, dan juga memuat naik imej lucah ke blognya.


Dia dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada 6 Julai, tetapi dibebaskan pada hari sama selepas hukumannya diundurkan ke mulai 2 Jun.


Secara keseluruhan, Yee ditahan lebih 50 hari dalam reman, termasuk di Penjara Changi dan Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >