Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2022

Rebat, baucar tambahan ringankan beban keluarga 5 beranak

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG dua tahun lalu, Encik Rakin Mohammad Razak, 26 tahun, mendapati bil air api bagi isi rumahnya telah meningkat sebanyak 50 peratus.



Lantas beliau bersyukur dengan pelbagai bantuan bagi isi rumah yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini.



Menurut Encik Rakin, seorang pegawai keselamatan yang tinggal di flat sewa dua bilik di Upper Boon Keng bersama tiga adik lelakinya serta ibunya, Cik Noor Asiken Abdul Rahman, 51 tahun, bil api air adalah yang paling mencabar untuk dibayar baginya kerana jumlahnya yang kian meningkat.



"Adik lelaki saya lebih kerap berada di rumah sepanjang dua tahun lalu dan mereka menggunakan komputer untuk belajar di rumah, jadi penggunaan elektrik kami juga lebih tinggi berbanding sebelum ini.



"Contohnya, bil api air kami bulan lalu ialah $156 berbanding sekitar $100 sebelum Covid-19," ujarnya.



Dalam belanjawan kali ini, beliau akan menerima bantuan berupa rebat Baucar GST (GSTV) - U-Save yang akan digandakan bagi baki tahun ini, sebagai sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan (HSP).



Bersama rebat GSTV - U-Save tambahan di bawah Pakej Jaminan GST (AP) yang akan diberi pada Januari 2023, isi rumah HDB yang layak akan menerima GSTV - U-Save seganda lebih banyak berbanding yang biasa bagi tahun kewangan 2022.



Di bawah HSP, individu berusia bawah 21 tahun juga akan menerima tokokan $200 dalam Akaun Pembangunan Anak, Akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) mereka.



Encik Rakin berkata ini pastinya dapat membantu menampung perbelanjaan sekolah dua adiknya yang berusia 15 dan 18 tahun, yang masing-masing kini menuntut di sekolah menengah dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak lagi menerima bantuan kewangan tahun ini setelah seorang lagi adiknya yang berusia 23 tahun mula bekerja dalam sektor logistik baru-baru ini dan pendapatan keluarga mereka bertambah.



Beliau juga gembira bakal menerima Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $100 yang pemerintah akan berikan lagi tahun ini.



Baucar CDC yang akan diberikan kepada semua isi rumah warga Singapura itu boleh digunakan di kedai dan pusat penjaja di estet perumahan yang mengambil bahagian dalam usaha ini.



"Ibu saya yang paling gembira apabila kami mendapat baucar ini sebelum ini kerana selalunya kami hanya dapat membeli makanan yang kami mampu untuk hidup.



"Dengan baucar ini, bolehlah kami beli kek, yang ibu dan saya suka tetapi jarang kami dapat makan, selain lebih sedikit makanan beku seperti kepak ayam, kentang goreng dan lain-lain," ujar Encik Rakin.



Sementara beliau rasa lega cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan tahun ini, beliau rasa yakin dengan bantuan yang akan diberikan menerusi Pakej Jaminan GST, yang akan membantu mengatasi tambahan perbelanjaan GST selama sekurang-kurangnya lima tahun bagi kebanyakan isi rumah warga Singapura.



Namun lebih daripada bantuan kewangan, Encik Rakin berharap lebih banyak usaha juga dapat diperkenal untuk memperkasa keluarga berpendapatan rendah khususnya untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, di tengah-tengah kos sara hidup yang kian meningkat.





"Dengan baucar ini, bolehlah kami beli kek, yang ibu dan saya suka tetapi jarang kami dapat makan, selain lebih sedikit makanan beku seperti kepak ayam, kentang goreng dan lain-lain."
- Encik Rakin Mohammad Razak mengenai Baucar CDC yang diberi sebelum ini. Pemerintah akan beri lagi baucar CDC bernilai $100 tahun ini.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >