LEBIH ramai ibu bapa Melayu harus merebut peluang menggunakan kemudahan koleksi buku elektronik Melayu (eBuku) yang disediakan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bagi memupuk minat anak-anak terhadap bahasa ibunda.
Ini kerana sebahagian koleksi eBuku tersebut turut menggunakan teknologi berbilang media bagi membimbing si cilik menyebut sesuatu perkataan itu dengan tepat, ujar Pustakawan Bersekutu NLB, Encik Herman Rothman.