PERJALANAN menyeberang Koswe setiap hari tidak pernah mematahkan semangatnya ke sekolah demi membuat persediaan menyertai Pertandingan Kemahiran Sedunia (WorldSkills).
Lima kali seminggu, Encik Muhammad Mubarak Mohd Zaheer, 20 tahun, menempuhi kesesakan di jambatan Woodlands itu dalam perjalanan ke sekolah nun jauh, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Maktab Timur di Simei.