Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Rekod baru bagi paparan pantun Melayu asli terbesar di Fiesta Bahasa 2023

Jul 08, 2023 | 07:13 PM



Satu rekod baru bagi ‘Paparan Pantun Melayu Asli Terbesar’ telah dicatatkan dan diiktiraf dalam Buku Rekod Singapura pada Sabtu di Fiesta Bahasa 2023 anjuran jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).

Sebanyak 764 pantun Melayu asli dipaparkan di pertengahan acara itu yang diadakan di One Punggol, sekali gus memecahkan rekod tahun lepas iaitu 293.

Pantun-pantun tersebut ditulis dan disumbangkan para hadirin dan peserta, termasuk tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.

Fiesta Bahasa tahun ini, yang merupakan edisi kelima acara dwitahunan itu, bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di luar bilik darjah dan menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa ibunda.

Buat pertama kali, ia melibatkan guru and kanak–kanak prasekolah dan mengadakan lebih 10 gerai daripada pelbagai sekolah yang menyediakan permainan dan kegiatan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu, termasuk permainan menggunakan set kepala realiti maya (VR).

Untuk menceriakan lagi suasana yang penuh keseronokan itu, kanak–kanak dan guru dari Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots di cawangan Boon Lay Blok 207 menyampaikan persembahan dikir barat di atas pentas.

Antara peserta dikir barat tersebut adalah Nur Reysha Aaira Raihan, 5 tahun, yang gemar menyanyi dan menari, menurut ibu bapanya.

Bapa Nur Resyha, Encik Raihan Alladin, 29 tahun, berkata ia amat penting untuk masyarakat Melayu di Singapura untuk berupaya berdwibahasa dan turut mengamalkan penggunaan bahasa Melayu.

“Fiesta Bahasa memberi ibu bapa seperti saya dan isteri untuk bermesra dengan anak–anak mereka, sambil belajar budaya kita dan membolehkan kanak–kanak terlibat untuk menunjukkan bakat mereka,” kata beliau.

Antara wadah lain digunakan MLLPC untuk menggalak penggunaan bahasa Melayu di luar bilik darjah adalah dengan Bicara Irama, sebuah pertandingan sajak berkumpulan dan 1, 2, 3, Aksi!, sebuah pertandingan peribahasa.


Kedua–dua pertandingan tersebut mendapat penyertaan daripada 47 sekolah dan melibatkan hampir 400 pelajar.

Dalam ucapannya, Dr Maliki, yang juga pengerusi MLLPC, berkata: “Pertandingan–pertandingan ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk meluahkan pemikiran dan perasaan mereka secara kreatif selain memupuk keyakinan diri untuk menyampaikan persembahan dengan menggunakan bahasa Melayu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >