Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rekod tertinggi lulusan politeknik berjaya masuk ke Sekolah Perubatan NUS

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 18 lulusan politeknik berjaya melangkah masuk ke Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun ini - angka paling ramai sejauh ini.



Menurut laporan The Straits Times, sekolah itu yang menerima sekitar 300 pelajar setahun membawa masuk antara enam dengan tujuh lulusan politeknik setahun sejak tiga tahun lalu.



Sekolah itu mengesahkan bahawa ia menerima paling ramai lulusan politeknik tahun ini, sejak dua lulusan Politeknik Ngee Ann (NP) menyertai jurusan itu pada 2007.



Sekolah itu berkata angkanya bertambah sedang lebih ramai lulusan politeknik dengan diploma berkaitan, termasuk sains bioperubatan dan kejururawatan, memilih untuk mendalami bidang perubatan.



Dekan sekolah itu, Profesor Chong Yap Seng, berkata lebih ramai penuntut politeknik juga meraih keputusan cemerlang dalam penilaian kemasukan tahun ini.



Beliau berkata:



"Penuntut politeknik biasanya memaparkan kemampuan memahami kemahiran praktikal dan pengetahuan jitu yang meletakkan mereka dalam kedudukan yang baik.



"Sedang gred akademik merupakan pertimbangan penting bagi memastikan para pelajar mampu menyesuaikan diri dengan kurikulum perubatan yang berat, proses kemasukan ke Sekolah Perubatan Yong Loo Lin menimbangkan pencapaian pelajarnya lebih daripada gred akademik, dalam bidang seperti perkhidmatan masyarakat, kepimpinan, kajian dan perkhidmatan negara, serta nilai-nilai betul yang kemudiannya akan menyaksikan mereka menjadi doktor yang berkebolehan dan penuh belas ihsan pada masa akan datang."



Semua calon yang disenaraikan akan menjalani penilaian kemasukan terdiri daripada penilaian kemahiran yang tertumpu dan ujian pertimbangan situasi.



Dalam kemahiran tertumpu, mereka dinilai menerusi satu siri temu ramah.



Para pemohon akan menduduki ujian pertimbangan situasi secara dalam talian, di mana mereka akan diaju soalan-soalan berkaitan senario dan mereka perlu memilih tindakan yang sesuai.



Ditanya tentang kepelbagaian pelajar, termasuk mereka yang datang dari maktab rendah yang kurang kompetitif, institusi seni tempatan, Sekolah Seni Singapura (Sota) dan Sekolah Sukan Singapura, Profesor Chong berkata pihaknya mengalukan dan menerima para pelajar daripada semua latar belakang.



Menurutnya:



"Kepelbagaian pengalaman, kemahiran dan penilaian mendalam daripada para pelajar yang datang daripada sekolah dan pendidikan berbeza dapat memperkaya proses pembelajaran dan interaksi antara para pelajar."



Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang mempunyai jumlah kemasukan sekitar 160 pelajar perubatan setahun, berkata ia juga telah mendapatkan kelompok calon yang pelbagai yang memaparkan potensi serta minat mereka terhadap bidang perubatan.



Tahun ini, ia menerima dua penuntut dengan kelayakan politeknik dan seorang lulusan dari Sekolah Sukan Singapura.



Tahun lalu, ia menerima seorang lulusan dari Sekolah Sukan Singapura dan seorang dari Sota.



Pada 2014, 2016 dan 2017, ia menerima seorang lulusan politeknik setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >