BELIAU tidak sabar menantikan pembukaan masjid baru, Masjid Maarof, yang terletak kurang dua kilometer dari rumahnya menjelang Hari Raya Haji tahun ini.
Ini kerana Encik Yusoff Subri Abdul Ghafoor, 58 tahun, serta penduduk Islam lain di kawasan Jurong West itu dapat memanfaatkannya antara lain bagi mengerjakan solat, termasuk tarawih pada bulan Ramadan, di masjid yang baru itu.