Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan OCBC bantu pupuk kesejahteraan 3,500 warga emas di Marsiling, Woodlands

Nov 01, 2023 | 06:29 PM



Dalam usaha mengatasi pengasingan sosial dalam kalangan warga emas berpendapatan rendah, OCBC telah bekerjasama dengan Care Corner Singapore (CCS), sebuah agensi perkhidmatan sosial, mengusahakan satu inisiatif.

Lebih 1,000 sukarelawan kakitangan OCBC akan melawat lebih 3,500 warga emas berumur 60 tahun ke atas di 70 blok di kawasan perumahan Marsiling dan Woodlands dalam tempoh 12 bulan, membantu memeriksa kesejahteraan mereka dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti anjuran OCBC dan Pusat Penuaan Aktif CCS (AAC).

Ini akan meningkatkan tiga kali ganda bilangan penyertaan warga emas yang kini disokong oleh CCS di kawasan itu.

Program, ‘Care Corner ElderConnect supported by OCBC,’ telah dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) dan Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, di AAC CCS di Marsiling pada Rabu.

Sebuah permainan karnival yang mempromosikan kesihatan kognitif di kalangan warga emas juga telah diadakan.

Encik Zaqy berkata: “Sungguh mengagumkan melihat penglibatan korporat dalam inisiatif yang menyatukan masyarakat, terutamanya dalam semangat menyumbang kepada masyarakat.

“Saya berterima kasih kepada rakan kongsi dari Care Corner dan OCBC yang mendekati masyarakat dan memastikan warga emas aktif.

Saya berharap program ini bermakna dan bermanfaat bagi warga emas dan mereka mengajak jiran mereka sekali untuk menyertai program ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >