Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja berusia 16 tahun antara 100 suspek pesalah dadah diberkas dalam serbuan

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun merupakan antara 100 suspek pesalah dadah yang ditangkap dalam satu operasi dadah serata Singapura oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dari 14 hingga 23 Mac.



Hasil operasi itu, pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira $382,000 turut dirampas.



Ini termasuk sekitar 6.3 kilogram ganja, 404 gram Ice, 279 gram heroin, 237 gram ketamin, 2 gram bahan psikoaktif baru (NPS), lebih 709 gram pil Ecstasy, 197 pil Erimin-5, 19 lysergic acid diethylamide (LSD) dan 200 milileter cecair yang disyaki mengandungi gamma-hydroxybutyrate (GHB).



Operasi itu antara lain melibatkan kawasan Choa Chu Kang, MacPherson, Sengkang dan Tampines.



Dalam salah satu kes, pegawai CNB menyerbu sebuah unit perumahan dekat Boon Lay Place pada pagi 16 Mac lalu.



Penghuni unit tersebut, seorang lelaki warga Singapura berusia 57 tahun, enggan mengikut arahan pegawai CNB itu.



Oleh itu, tindakan diambil untuk memasuki unit itu dan menangkapnya.



Sebanyak empat paket yang mengandungi sekitar 1 gram Ice dan pelbagai peralatan dadah dirampas dari unit tersebut.



Sebelum dia ditangkap, bahan yang dipercayai dadah terkawal turut disyaki dibuang daripada tingkap unit tersebut.



Satu paket kecil dan peralatan dadah kemudian ditemui pegawai CNB.



Pengarah Divisyen Penguatkuasaan Sektor 2, AC Lim Fung Suan, berkata CNB telah berusaha mematahkan aliran dadah untuk memastikan keselamatan Singapura.



"Pegawai kami telah bekerja keras untuk membawa pesalah dadah ke muka pengadilan, walaupun dalam situasi yang bahaya dan sukar diduga melibatkan pesalah yang mungkin bersikap ganas terhadap mereka.



"CNB dan Home Team yakin bahawa tiada tempat bagi dadah di Singapura dan kami komited memastikan negara ini selamat daripada dadah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >