Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja cacat pandu bas untuk 'suka-suka' turut curi dua bas lain

May 14, 2015 | 04:47 PM



SEORANG remaja yang mencuri sebuah bas dan memandunya dengan tujuan "suka-suka" selama 45 minit, telah mencuri dua bas lain awal tahun ini.


Di Mahkamah Masyarakat semalam, Muhammad Salahuddin Omar, yang bisu dan tuli, didakwa melakukan kecurian terbaru di tempat meletak kenderaan di Taman Perusahaan Woondlands E8 pada 8 Mac lalu.


Ketika itu beliau telah dibebaskan di bawah jaminan polis.


Remaja 17 tahun itu telah direman selama dua bulan kerana tiada sesiapa pun menjaminnya keluar. Pada masa itu dia mengaku mencuri kenderaan, memandu di bawah usia 18 tahun, dan melakukannya tanpa perlindungan insuran.


Seorang pekerja syarikat AZ Bus menyedari tentang kehilangan kenderaan tersebut pada tenga hari itu. Beliau memaklumkan seorang pegawai eksekutif operasi syarikatnya, Encik Toh Hoe Kok, yang menjejaki bas itu menerusi Sistem Kedudukan Global dan mendapatinya sedang melalui Kian Teck Road di Jurong.


Encik Toh telah mengarah seorang kakitangan untuk ekori bas, yang tidak berhenti apabila didekati.


Menggunakan telefon bimbit, Encik Toh telah menjejaki bas itu yang bergerak di laluan Ekspreswe Ayer Rajah, Jurong Town Hall Road, Boon Lay Way dan Jurong Pier Road, dalam keadaan berpusing-pusing.


Beliau memutuskan untuk mengejar bas menggunakan keretanya sendiri. Beliau terlihatnya di Bukit Batok Avenue 6 dan memberhentikan bas berkenaan dengan mengadang menggunakan kereta beliau di laluan dekat


Siasatan mendapat bapa Salahuddin telah perasan bahawa anaknya sejak setahun lalu telah menunjukkan minat terhadap pengangkutan awam dan akan menghadiri pameran itu bersama abangnya. Dia juga bermain permainan komputer berkaitan bas.


Salahuddin telah pergi ke Taman Perusahaan Woodlands E8 pada hari itu untuk mencuri sebuah bas untuk memandunya secara "suka-suka", memilih bas jenis automatik kerana ia lebih mudah dipandu.


Awal sebelum itu, Hakim Daerah Mathew Joseph ingin tahu mengapa remaja itu direman.


Menurut bapanya, beliau tidak mahu menjamin anaknya keluar, agar ia dapat mencegahnya dari melakukan lebih banyak kesalahan.


Si bapa, yang berasa malu bila polis muncul di depan pintu rumahnya, berkata, adalah sukar untuk mengawal anaknya dan berasakan, adalah lebih baik "undang-undang menjaganya" atas apa yang telah dilakukan.


Dalam rayuannya, Salahuddin, menerusi bantuan penterjemah yang menggunakan isyarat tangan, merayu agar dia diberikan peluang terakhir dan beliau bercadang meneruskan persekolahannya.


Hakim Joseph menangguhkan hukuman ke 4 Jun, sementara menantikan laporan Pusat Pemulihan Akhlak dan probesyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >