SEORANG remaja Melayu telah dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH) selepas terlibat dalam satu pergaduhan menggunakan parang di ITE College West hari ini, Selasa,
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia diberitahu tentang kes tersebut sekitar 12.40 petang, dan membawa remaja lelaki itu ke hospital kerana luka di lengan kiri dan belakang badan.
Video mengenai pergaduhan itu tersebar luas di Internet.
Ia menunjukkan seorang lelaki sedang menyerang seorang lelaki yang lain menggunakan sebilah senjata seperti parang dengan disaksikan oleh para pelajar ITE.
Lelaki yang diserang itu melarikan diri.