Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja ditangkap berkaitan kemalangan dek ujian kelajuan haram

Aug 31, 2016 | 11:56 AM



SEORANG remaja berusia 18 tahun yang disyaki memandu secara berbahaya dan mengambil bahagian dalam ujian kelajuan haram telah ditangkap, kata polis.



Sebuah kereta Nissan GTR yang dipandu suspek merempuh sebuah kereta Toyota di tempat letak kereta di Stadium Road Sabtu lalu, pada kira-kira 6.30 petang.



"Kereta Nissan GTR itu dipercayai sedang memecut dan bergerak pada kelajuan tinggi sebelum kemalangan tersebut," kata polis.



Kedua-dua kenderaan rosak teruk dan pemandu kereta Toyota itu, 65 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan rusuk.



Suspek ditahan pada Isnin (29 Ogos) dan lesen memandunya digantung.



Kereta Nissan yang terlibat dalam kemalangan itu juga diimpaun oleh Polis Trafik. Rakaman kemalangan kelajuan tinggi itu di media sosial menunjukkan kereta tersebut merepuh bahagian tepi kereta Toyota itu.



Sesiapa yang didapati bersalah mengambil bahagian dalam ujian kelajuan haram boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda antara $1,000 dan $2,000 bagi kesalahan pertama.



Kesalahan memandu secara berbahaya membawa hukuman denda hingga $3,000, penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya.



Polis berkata: "Polis Trafik berpendirian tegas terhadap tingkah laku jalan raya berbahaya kerana ia meletak nyawa pemandu dan pengguna jalan raya lain dalam bahaya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >