SUSPEK yang terlibat dalam insiden kenyataan palsu menggunakan logo Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengatakan kononnya Encik Lee Kuan Yew meninggal dunia merupakan seorang pelajar lelaki warga Singapura di bawah 16 tahun.
Suspek dipercayai beroperasi secara sendirian dan kini membantu polis dalam siasatan, kata satu kenyataan polis semalam.