Lebih daripada 350 penyertaan diterima oleh Diabetes Singapura dalam satu pertandingan menulis puisi dalam bahasa Melayu yang bertujuan mendekati dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis. Tiga kategori dipertandingkan iaitu belia (berusia 15-35 tahun), dewasa (36-59 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas). Baru-baru ini, BERITA HARIAN diberi peluang untuk mewawancara pemenang pertandingan ini. Ikuti laporannya.
INGIN menjadi inspirasi kepada para pe-lajarnya untuk belajar bagaimana kata-kata dapat digunakan untuk memacu perubahan, Cik Nur Zukhairiah Hamdan menyahut cabaran dengan mendaftarkan dirinya bagi pertandingan puisi anjuran Diabetes Singapura.