Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SESI MEJA BUNDAR ANJURAN BERITA HARIAN MENGENAI TOPIK KAUM DAN PERKAUMAN

Rintangan bahasa, sikap tak sensitif antara realiti yang dihadapi minoriti

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI minoriti, antara cabaran yang dihadapi ialah rintangan bahasa, komen dan sikap tidak sensitif, serta tindakan lain yang meskipun dianggap 'kecil' tetapi boleh menyinggung dan melukakan.



Pengalaman ini dikongsi peserta belia Meja Bundar Maya mengenai kaum dan perkauman anjuran Berita Harian baru-baru ini.



Mahasiswa Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Encik Muhammad Danial Afiq, 22 tahun, masih ingat lagi kesukaran yang dihadapinya pada hari pertama beliau bekerja sebagai pembungkus di sebuah gedung - antara pekerjaan pertamanya setelah tamat peperiksaan sekolah.



Hampir kesemua pekerja di sekelilingnya waktu itu tidak dapat berbahasa Inggeris dan tidak dapat membantunya, hingga menjejas keupayaannya bekerja.



Seorang lagi peserta, Cik Mrithini TG Gritharan, 19 tahun, pula mengimbas pengalaman bekerja sebagai pelatih di sebuah firma guaman, apabila seorang eksekutif sumber manusia (HR) menghadapi kesukaran menyebut namanya.



"Nama saya Mrithini. Tetapi eksekutif HR itu ulang kali sebut 'Martini, Martini'. Saya betulkannya tapi beliau kata 'Nama India susah nak sebut, saya panggil awak Martini sahaja'.



"Saya harap orang ramai sedar tingkah laku sedemikian boleh melukakan. Ia boleh dianggap sebagai 'microagression'," kata Cik Mrithini.



'Microagression' merujuk kepada tingkah laku yang dianggap sejenis diskriminasi 'halus' yang mungkin tidak disedari.



Beliau memberi satu lagi contoh semasa di sekolah dahulu rakan bangsa lain mendapati lagu bahasa Tamil 'Munnaeru Vaalibaa' lagu yang 'lucu'.



Cabaran serta dinamik dalam hubungan majoriti dan minoriti merupakan antara topik yang dibincangkan dalam sesi perbincangan anjuran BH itu.



Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam ucapannya di satu forum baru-baru ini akur lebih sukar menjadi minoriti berbanding majoriti, dan turut menggesa kaum majoriti untuk peka terhadap keperluan minoriti.



Ditanya jika beliau setuju dengan kenyataan bahawa adalah lebih sukar untuk menjadi minoriti berbanding majoriti, Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio Cik Nadia Ahmad Samdin, berkata satu cara untuk mula memahami isu majoriti-minoriti adalah dengan "melihat apakah sebenarnya kelebihan yang dinikmati golongan majoriti".



Katanya, kelebihan majoriti ini boleh wujud dalam pelbagai aspek kehidupan, contohnya dari segi bahasa, budaya pejabat, atau penyewaan rumah.



Namun, beliau menekankan peri pentingnya melindungi dan memperluas ruang bersama, serta menyediakan ruang selamat bagi perbincangan terbuka berkaitan kaum di sekolah.



Meskipun bersetuju bahawa institusi pendidikan merupakan antara wadah terbaik untuk mewujudkan ruang selamat bagi perbincangan kaum, seorang lagi peserta sesi tersebut, Encik Edward Lim, 22 tahun, menekankan bahawa cara isu ini dibincangkan di sekolah perlu diperdalam.



"Perbincangan yang lebih mendalam perlu digalakkan di sekolah-sekolah, kerana dari pengalaman saya dalam sistem pendidikan Singapura, pendedahan agama dan kaum yang diberikan tidak begitu menyeluruh pada pendapat saya.



"Ini kerana ia lebih tertumpu kepada aspek-aspek yang kurang kontroversial, seperti budaya dan makanan. Ia tidak membincangkan pengalaman yang dihadapi atau membuka ruang bagi pelajar berkongsi pengalaman mereka antara satu sama lain," ujarnya kini merupakan mahasiswa di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Tambahnya, ruang selamat yang boleh diadakan ini boleh membuatkan lebih ramai anggota masyarakat berasa selesa untuk berkongsi pengalaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >